KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengumumkan hari ini daripada RM144.7 bilion pelaburan digital yang diluluskan antara 2021 dan 2023, sebanyak RM114.7 bilion adalah dalam pusat data yang telah mewujudkan 39,231 peluang pekerjaan.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas daripada pelbagai organisasi termasuk Amazon, GDS, YTL dan ByteDance.
Meskipun pelaburan diluluskan penting untuk membina momentum, beliau berkata, MITI juga memberikan tumpuan utama kepada pelaburan yang direalisasikan.
Tengku Zafrul berkata dari 2021 hingga Februari 2023, terdapat 2,386 projek pembuatan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan manakala daripada 1,802 atau 75.5 peratus projek yang dilaksanakan, 1,597 projek berada di peringkat permulaan dan 205 sedang membina bangunan atau kemudahan pembuatan mereka.
Daripada projek yang diluluskan, 551 (23.1 peratus) dalam peringkat perancangan, manakala 33 atau 1.4 peratus tidak dilaksanakan berikutan perubahan dalam strategi syarikat masing-masing, katanya dalam sidang media bagi mengumumkan kad laporan suku pertama MITI, di sini, hari ini.
MITI, katanya, akan terus menumpukan kepada pelaburan langsung asing dan juga domestik.
Mengenai prestasi Pejabat Pelaksanaan dan Pemudahcaraan Projek (TRACK), beliau berkata sebanyak 802 kes telah dibantu sejak penubuhannya dengan isu utama berkaitan kastam, bekalan elektrik, pusat sehenti - majlis tempatan dan imigresen.
Mengenai prospek perdagangan, Tengku Zafrul berkata perdagangan negara dijangka bertambah baik pada 2024 tetapi cabaran masih kekal di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Tengku Zafrul berkata, pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas. - Gambar fail
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.